SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

Terengganu Budgerigar National Show

Pertandingan Budgie Peringkat Kebangsaan anjuran PPBCT

AS Budgerigar

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Baby Cockatiel

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Golden Face Spangle Skyblue

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Cockatiel

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

26 November 2015

Hasil Pembiakan

Alhamdullilah Selama dua tahun berturut-turut saya dapat menghasilkan anak hasil pembiakan sendiri dengan kuantiti yang membanggakan iaitu pada tahun 2014 sebanyak 100 ekor anak english budgie manakala dalam tahun 2015 sebayak 134 ekor anak english budgie. Dalam satu tahun saya hanya membuat tiga musim pembiakan sahaja secara serentak. Satu musim hanya 12 pasang induk dibiakkan. Anak-anak yang terhasil akan dinilai induknya sesuai dikekalkan pasangannya atau dipasangkan dengan yang lain. Ini berdasarkan kualiti anak yang dihasilkan. Saya mempunyai 35 ekor induk yang akan dipasangkan apabila tiba musim pembiakan. Induk-induk ini diasingkan jantinanya bagi memudahkan untuk dipasangkan nanti. Induk yang tidak dipasangkan akan dirihatkan didalam cage free fly sehingga tiba musim kedua dan seterusnya.




Feather Duster



Upgrade Cage

Setelah 13 tahun dalam dunia budgerigar ini, pada pertengahan tahun 2015 saya mula upgrade cage dengan membuat yang baru bagi kesusuaian semasa dan mudah untuk dibersihkan. Kos membeli kayu dan peralatan lebih kurang RM2,000. Idea pembinaan cage baru ini tercetus apabila saya melawat loft Muhammad Zainuddin Awang di Bachok,Kelantan yang mirip English Style.

Saya membinanya dengan menggunakan kayu bersaiz 1 imci x 1 inci. Menggunakan panel jaring depan yang ditempah khas dari Thailand berukuran 20 inci x 30 inci. Lebar cage 20 inci, tinggi 20 inci dan panjang 30 inci. Setiap satu tingkat mengandungi tiga petak.

Cage yang dibina ini terdiri daripada 14 petak untuk pembiakan dan 2 petak untuk free fly untuk anak berumur 4 bulan ke bawah.