Bermacam-macam bentuk dan saiz nestbox untuk budgie dan cockatiel. Semuanya boleh dibuat untuk keselesaan burung untuk bertelur. Ada yang suka bentuk menara (tower) dan melintang. Saya suka bentuk melintang kerana ianya tidak merosakkan telur dan anak didalamnya. Bagi saya saiz nesbox untuk budgie C adalah 7 x 7x 8 inci dengan lubang bersaiz 5cm ditebuk ditepi kotak manakala untuk english budgie adalah 8 x 9 x 9 inci dengan lubang 2 inci. Bagi cockatiel pula 8 x 9 x 14 inci dengan saiz lubang 8cm. kebiasaannya budgie atau cockatiel bertelur di hujung kotak.
Nestbox di luar sangkar sebelum diubahsuai
Nestbox selepas diubahsuai
Dalam nestbox perlu diisi dengan habuk kayu pokok pine yang boleh dibeli di petshop
Habuk kayu pokok pine menyerap kelembapan tapi ada juga orang letak pasir pantai
Nestbox di dalam sangkar
Boleh juga diletak sabut kelapa yang dibuang tempurungnya. yang ini buah kelapa yang ditebuk tupai. Tapi keburukannya budgie kalau dah mula bertelur dalam sabut kelapa, susah nak bertelur dalam nestbox. Sabut dan tempurung kelapa juga menjadi tempat pembiakan hama dan susah untuk membersihnya.
Membersih Nestbox
Cara yang paling sesuai untuk membersih nestbox adalah dengan cara mengeluarkannya daripada cage. Sembur semburan co-go atau racub seranga lain. Jemur di bawah matahari yang terik. Cara lain ialah dengan menyalai di atas bara api, cara sebegini menyebabkan hama dan telurnya turut mati.
* Keluasan nestbox yang sesuai menjamin peluang anak hidup dengan sempurna dan kuantitinya terjamin. Kadangkala nestbox yang tidak sesuai menyebabkan anak mati, cacat dan menjadi tempat pembiakan hama, ulat dan kutu.
Askom tuan.. Sy nk tye ukurn tu mcm mne? Mne satu panjng lebr n tggi?
ReplyDeletesy suka artikel ni, namun perlu dijelaskan ukuran nest box cockatiel dengan gambar sekali
ReplyDeleteboleh ke sy letak sabut kelapa yg dicarik2 ke dalam nest box?
ReplyDelete