Tak banyak mutation cockatiel berbanding budgie. ianya hanya berkisar mutationnya seperti gambar di atas. Jangan risau jika pair cockatiel berlainan jenis kerana anaknya nanti akan mengikut gen jantan atau gen betina (ibu). Pernah parent whiteface jantan + normal gray betina anaknya keluar lutino red eyes. Pair normal gray jantan + lutino betina anaknya keluar empat ekor lutino. Pair normal gray jantan + cinnamon pearl anaknya keluar cinnamon pearl. Siapa sangka bergantung di atas nasib tetapi sememangnya terdapat formula mutation yang dikeluarkan oleh mat salleh. Perkara ini boleh anda boleh layari blog atau website luar negara.
Mutation
Dominant
Normal Grey
Dominant Silver
Dominant Yello Cheek
Pastelface (Dominant ke Whiteface)
Sex-Linked
Lutino
Cinnamon
Pearl
Yellow Cheek (SLYC)
Recessive
Pied
Fallow
Recessive Silver
Whiteface
Albino - Sex-Link/Recessive
Bagaimana untuk ceriakan pair cockatiel
Cockatiel seelok dibela melebihi 2 pasang. Jika hanya ada sepasang, cockatiel dilihat kurang ceria dan kurang aktif untuk membiak. Mereka berhubung melalui siulan dan mempunyai isyarat tertentu. Perbezaan ini amat ketara apabila cockatiel dibela 3-4 pasang dalam satu sangkar. Walaupon sifat cockatiel monogami iaitu setia pada pasangan, ada kalanya si jantan cuba memikat betina lain dan ada pula menunjukkan sikap setia pada pasangan.
Jika pasangan lain turun makan, yang lain pun ikut makan sekali walaupun masa makan untuk cockatiel dua kali sehari iaitu pada waktu pagi ( jam 9-10 pagi) dan petang (jam 5 - 6 petang) - tak percaya cuba perhatikan sendiri hehe.
Cockatiel bila dilepaskan beramai-ramai dalam sangkar yang besar, ia bebas memilih dan memikat pasangnya sendiri. Perlu diingat, nestbox perlu diletakkan lebih didalam sangkar bagi mengelakkan perbalahan. Sebagai contoh cockatial 5 pasang nestbox yang perlu diletakkan sebanyak 8 biji.
Sangkar bertingkat dan memuatkan hanya 1 pair sepetak tetapi masih tetap boleh berhubung diantara satu sama lain dengan siulan dan suara
Apa yang penting, luangkan sedikit masa untuk perhatikan gelagat cockatiel di dalam sangkar. Hanya tuannya sahaja yang tahu bila masa cockatielnya sihat dan sakit. Ada beberapa tip untuk melihat cockatiel anda betul-betul sihat atau sakit. Antaranya bulu yang kemas dan bersih, sentiasa menyisir bulunya, badan yang tegap dan kemas, makanan sentiasa habis, najis yang cantik (tidak cair), sentiasa bersiul dan terbang dengan galak. Manakala cockatiel yang kurang sihat antaranya bulu yang tidak terurus (bulu kembang), bulu yang kotor, bentuk badan bongkok, ekor jatuh, sayap jatuh (adakalanya sayap jatuh tandanya nak bertelur), sentiasa tidur, malas bergerak, tidur kepala diselit pada kepak, tahi hijau berlendir dan makanan yang diletak tidak disentuh. Jika perkara ini berlaku, cepatlah bertindak dengan memberinya ubat.
Apa yang perlu dilakukan jika cockatiel yang dibela tidak bertelur atau tidak mahu mengeram?
1. Pastikan betul-betul jantinanya (pairing).
2. Nestbox yang betul, ukuran untuk cockatiel.
3. Diet yang betul.
4. Perhatikan cara seksualnya betul, si jantan panjat betina dengan betul.
5. Jika cockatiel bertelur dan selepas 2,3 hari ianya tidak mahu mengeram dan masuk nestbox, cuba periksa nestbox, kemungkinan ada tikus atau cicak datang mengacau di kawasan sangkar atau nestbox.
6. Cockatiel betina tidak boleh terkejut semasa ia mengeram lebih-lebih lagi selepas jam 6 petang ke atas. (elakkan gangguan/memberi makan/bersih sangkar) Ini kerana pada masa tersebut giliran si betina mengeram, jika si betina terkejut dan keluar nestbox secara tergesa-gesa, adakalanya ianya akan memuadaratkannya, si betina tidak akan masuk lagi untuk mengeram malah kesihatannya turut terganggu. Ada kes si ibu jatuh sakit kerana terkejut sehingga tidak makan dan akhirnya mati.
Pearl Whiteface
Pearl Lutino
Pied Whiteface
Lutino & Albino
Albino
Cinnamon Peal Whiteface
Whiteface betina
Pearl
Pearl
Normal Whiteface
Cinnamon Pearl
Pearl whiteface
Pearl Lutino
Saddle Back
Baby Albino mat saleh panggil WF Lutino
Mutation/mutasi cockatiel akan bertukar apabila mencapai tahap matang, selepas beberapa kali bersalin bulu atau dalam tempoh lebih 1-2 tahun. Sebagai contoh cinnamon pearl whiteface jantan akan bertukar kepada normal gray tetapi tidak berlaku kepada betina. Manakala pearl betina akan bertukar kepada pied. Begitu juga dengan warna pada bulunya. Corak Cinnamon pearl tidak akan kekal lama sehingga ke hayat cockatiel. Peal betina jika melebih 3-4 tahun warna kuning lembut akan bertukar kepada kuning kunyit tua.
Fallow
Wf pearl/pied
Wf pied
Albino
Albino
Fallow
Silver
Silver
sangat membantu saya, tq
ReplyDelete