SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

17 April 2011

Diet asas budgie & cockatiel

Salam semua, mari kita berkongsi tentang diet yang sesuai untuk budgie dan cockatiel kesayangan kita. Di negara kita biasanya diet asas untuk burung ini ialah berasaskan bijirin seperti sekoi (tiada nama saintifik). Bolehlah dicampur dengan bijirin tambahan sebagai diet tambahan.

Bijirin tambahan pula seperti biji gandum yang mempunyai khasiat pencernaan yang baik kerana mempunyai vitamin, meneral dan asam amino, canary seed yang menjadikan burung gemuk dan cantik, barli, kacang hijau (direndam dengan air selama 12 jam) dan lain2 bijirin yang dikira sesuai. Bagaimanapun bijirin tambahan ini tidak boleh dijadikan makanan asas kerana mempunyai kesan terhadap burung seperti obesiti. Setiap makanan yang diberi akan memberi kesan kepada najis burung. Apa yang diperhatikan bijirin canary seed najis menjadi hitam, barli dan gandum najis akan menjadi putih berkapur tetapi tidak membahayakan burung. Manakala sayuran dan buahan pula najis akan menjadi hijau kehitaman dan mengotorkan sangkar dan badan burung itu sendiri. 
Canary seed
Makanan tambahan lain yang sesuai diberi adalah roti dan jagung, Buah-buahan seperti epal dan sayur-sayuran segar juga perlu diberi sekurang-kurangnya seminggu sekali tetapi awas!, semasa budgie & cockatiel mempunyai anak ianya akan menyebabkan anak di dalam nestbox kotor kerana najisnya menjadi hijau kehitaman dan berlendir. 
Untuk melihat budgie dan cockatiel sentiasa galak, ceria dan cepat membiak, boleh juga mencuba daun selasih atau daun kemangi (setengah tempat dipanggil daun ruku) sebagai diet tambahan. Sepertimana daun kangkung, apa yang diperhatikan, kebanyakkan budgie suka pada sayuran tersebut disamping menjadikan makanan menyihatkan, burung riang bergolek-golek dan menggulingkan badannya pada kangkung tersebut. Kerana pada masa yang sama budgie dan cockatiel mandi dengan air daripada kangkung. Bagaimanapun kangkung dan sayuran yang diberi mestilah dibasuh sebersihnya terlebih dahulu bagi mengelakkan racun yang digunakan ke atas sayuran tersebut hilang. Sebolehnya kangkung direndam dengan sedikit air garam. Sayuran mestilah diletakkan didalam bekas seperti piring atau pinggan dan letakkan sedikit air untuk mandian.
Pokok selasih atau kemangi atau ruku
Selasih jepun

Bagi membiasakan budgie dan cockatiel dengan buah-buahan bukannya mudah, kadang-kala burung anda tidak menyentuhnya walaupun diletak berhari-hari terutamanya jika kita membela hanya sepasang  dalam satu aviary kecuali dalam keadaan berkumpulan. Ini boleh dilihat seperti mumpunyai isyarat jika salah sekor budgie menyentuh makanan tersebut, budgie lain turut sama menjamahnya.
Benda yang mesti ada dalam setiap aviary ialah tulang sotong (cuttlebone) yang kaya dengan sumber kalsium, sodium klorida, kalsium fosfat dan garam magnesium. Keperluan paling utama kalsium ialah pembentukan kulit telur dan mencegah masalah egg-binding (telur lekat pada saluran  peranakkan). Egg-binding berlaku disebabkan kekurangan kalsium yang menyebabkn cengkerang telur tidak cukup keras untuk keluar dari saluran peranakan dan ini boleh mengakibatkan ibu mati. Selain itu tulang sotong ini boleh memberi ketahanan kepada burung dalam menguatkan tulang. Budgie dan cockatiel yang suka menggigit akan memamah tulang sotong ini dan ianya baik dalam tumbesaran anak-anak burung. Jika kekurangan sumber utama kalsium dan karbonat ini boleh menyebabkan budgie menjadi lembik dan tumbesaran terbantut. bagi menggantikan tulang sotong, tersedia dijual di kedai-kedai ialah mineral block atau kiub kalsium khas untuk burung.

Pasir halus pantai juga perlu diletakkan didalam aviary, pasir halus pantai lebih baik berbanding pasir biasa disebabkan ada fungsi tambahan kalsium. Pasir halus pantai mengandungi bahan-bahan serpihan lain seperti cengkerang siput, tulang sotong yang sudah hancur. Ia berfungsi sebagai bahan pencernaan dan penghadaman. Sepertimana palet makanan ayam  yang dijual dikedai-kedai turut dicampur dengan pasir atau batuan mineral kristal rapuh.
Mineral block
Selain makanan sihat yang dinyatakan diatas, pembiak juga menyarankan supaya budgie dan cockatiel perlu diberi nasi putih, telur rebus, pelet makan ayam telur dan mempelbagaikan makanan lain yang dikira sesuai. Pelet makanan ayam juga boleh diberi kepada burung untuk pembesaran dan kegemukkan. Kebiasaannya ianya diletak semasa anak masih kecil. Perlu diingat makanan perlu sentiasa ada di dalam bekas makanan khususnya semasa kita tiada dirumah seperti bercuti dan sebagainya. Jika makanan terputus, ianya memberi kesan kepada budgie dan cockatiel termasuk anak yang sedang membesar.
supplements
Disamping diet diatas, jangan lupa dengan supplements lain seperti multivitamin, vitamin, ubat antibiotik, ubat cacing (wormdove) dan ubatan lain. Supplements boleh diperolehi dari petshop, klinik haiwan dan Jabatan Veteriner berdekatan.

Awas!! Diet yang silap merupakan pembunuh utama kepada budgie dan cockatiel.

* Info diatas adalah hanya pandangan saya berdasarkan pembacaan dalam internet, buku-buku rujukan, pandangan otai-otai dan pengalaman saya sendiri. Jika ada lain pandangan boleh kemukakan di ruangan yang disediakan untuk dikongsi bersama. terima kasih.


Tip Kesihatan
 Ubat untuk cockatiel yang kurang sihat, meremang bulu, tahi cair, kurang makan. Sebiji kapsul sekali makan dan ulangi dua atau tiga hari. (dicampur bersama kaytee dan disuap menggunakan picagari)

Ubat untuk penyakit seduan seperti mata bengkak berair, hidung berair. 
Separuh kapsul sekali sehari selama tiga hari. 
 (dicampur bersama kaytee dan disuap menggunakan picagari)

Ubat  sapu untuk mata bengkak dan berair disebabkan jangkitan kuman

Ubat sakit mata titik
Minyak ikan juga boleh diberikan pada cockatiel dan budgie

Ubat sapu ini boleh menghilangkan puru pada kaki budgie. 
Juga boleh mencuba cara tradisional dengan menggunakan minyak masak yang telah digunakan.

Sentiasa menyimpan stok ubatan
Diet tambahan, roti dicelup minyak ikan omega dan disalut dengan eggfood.
Tujuan burung untuk burung sihat dan kelihatan cantik

13 comments:

  1. good info... tq

    ReplyDelete
  2. bang,duk kt kuala ganu area mne???de jual budgie x??sy duk setiu..klu ley bg no hp skali..snng nk contact...hehhe..brmnat nk blja psl bela budgie nie..xpon wi no fon kut email sy nova7476@yahoo.com..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. saya ada soalan. saya sekarang bela 2 ekor baby budgies. seekor umur dlam 3 weeks, seekor lagi around 4-5 weeks. bila saya google makanan apa sesuai dgn babies ni diorang suruh crush pallets, tapi saya x pasti ada x kat bandar Kuala Terengganu ni.

    Sekarang, saya bagi diorang makan roti+oats campur dengan air panas, jadi mcm gravy dan suap dengan syringe every 3-4 hours.

    apa makanan lebih sesuai, macamane nak buat ye?
    terima kasih ^^

    ReplyDelete
  5. sorry le ashikin...lambat reply komen.bagi sy makanan formula paling sesui untuk baby budgie. makan lain takut baby xdapat zat yg sesuai utk tumbesaran

    ReplyDelete
  6. tq...informasi yg paling lengkap.......

    ReplyDelete
  7. Dimelaka ni, d mana nk beli makanan n supplementcank burung budgie.. sbagai persediaan sepasang budgie saya!.

    ReplyDelete
  8. Nk tye..knpe brung bajie sy..jdi lesu..kbang bulu

    ReplyDelete
  9. minyak ikan yg mcm mna boleh bagi.? atau sukatan dia mcm mna.?

    ReplyDelete