SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

Media Popular

Berbagai usaha untuk mempopularkan minat pembiakkan budgie dan cockatiel ini. Bagi merealisasikan impian ini, saya bergerak melalui persatuan. melalui persatuan kita dapat bertukar pandangan dan berorganisasi. Ini terbukti apabila Persatuan Peminat Burung Budgie dan Cockatiel Terengganu (PPBCT) telah berjaya menganjurkan pertandingan julung kali dan pertama kali di Malaysia. 

PPBCT kini telah melangkah lebih luas apabila sering diundang untuk mengadakan pameran di beberapa tempat iaitu pameran di Muzium Negeri Terengganu setiap musim cuti sekolah, pameran anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Terengganu, di tapak ekspo, pekan budaya, pameran di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu dan mini MAHA. Ikuti aktiviti PPBCT di blog rasmi http://ppbct.blogspot.com/ .

PPBCT juga mengadakan khidmat nasihat serta cara pembiakan yang betul kepada ahli-ahli dan peminat. Inilah objektif utama PPBCT diwujudkan disamping mengawal kualiti baka terbaik dan kawalan kejatuhan harga. Persatuan ingin mendidik ahli dan peminat supaya mempunyai pengetahuan terhadap spesis ini bagi tujuan menarik minat pemain-pemain baru.

PPBCT telah membuktikan kejayaan apabila diberi penghormatan melalui media massa seperti di dalam Majalah Jinak, akhbar Harian Metro dan RTM,

MAJALAH JINAK EDISI 7 KELUARAN MAC&APRIL 2013


AKHBAR SINAR HARIAN EDISI TERENGGANU

Sinar Harian edisi terengganu bertarikh 14/6/13

BERITA TV1 

 

HARIAN METRO

Harian Metro edisi Timur bertarikh 4/4/13

UTUSAN ONLINE











0 comments:

Post a Comment