SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

Terengganu Budgerigar National Show

Pertandingan Budgie Peringkat Kebangsaan anjuran PPBCT

AS Budgerigar

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Baby Cockatiel

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Golden Face Spangle Skyblue

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Cockatiel

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

19 November 2012

Tip Pembeli

Sebelum merancang untuk membeli burung budgie dan cockatiel untuk peliharaan, pastikan dahulu keperluan dan tuntutannya apabila kita memilikinya :-
a) masa untuk menjaga makan dan minum serta menjaga kebersihan.
b) tujuan untuk suka-suka atau pembiakan serius.
c) ruang yang cukup untuk sangkar.
d) adakah kita tinggal di rumah sendiri, rumah sewa, rumah teres, flat dan kejiranan.
e) mempunyai cukup kewangan termasuk untuk menyara makanan dan ubatan burung.
f) pengetahuan asas mengenai burung yang hendak dibela.

Ada beberapa tips kepada pembeli untuk membeli budgie dan cockatiel :-
a) kenali dulu jenis mutation budgie dan cockatiel.
b) kemampuan dari segi kewangan.
c) beli daripada pembiak atau penjual yang dikenali atau mengatahui latarbelakang penjual khususnya pembelian dalam talian internet.
d) sahkan cara-cara pembayaran terlebih dahulu dengan penjual jika melalui internet.
e) kebiasaannya pembelian melalui internet pembeli perlu banking duit terlebih dahulu sebelum penghantaran.
f) semasa tempoh penghantran burung melalui bas atau lain kenderaan, tanggungjawab penjual jika berlaku apa-apa terhadap burung yang dibeli sebelum sampai kepada pembeli. Pastikan anda menunggu di stesyen bas yang telah ditetapkan dan waktu jangkaan bas tiba.
g) penjual masih bertanggungjawab selepas 24 jam penerimaan burung jika berlaku kematian disebabkan stress atau sebagainya ketika dalam perjalanan. (tidak disebabkan kecuaian pembeli).
h) jika terdapat perasaan tidak puas hati, bincang terlebih dahulu dengan penjual sehingga selesai. Jangan war-warkan didalam facebook. Ini akan merosakkan nama penjual.
i) pastikan terlebih dahulu burung yang hendak dibeli itu benar-benar berada didalam keadaan sihat dan memuaskan.
j) jangan beli burung yang nampak kurang sihat walaupun penjual mengesahkan burung tersebut berada dalam keadaan normal. Sebagai contoh bulunya tidak terurus, bentuk badan yang bongkok, meremang bulu, sayapnya jatuh. Ini kerana berdasarkan pengalaman, burung tersebut akan memberi masalah berterusan kepada pembeli.
k) waspada apabila membeli burung induk, pastikan burung tersebut betul pernah mempunyai anak, kalau setakat bertelur tetapi tiada benih itu bukannya dipanggil induk. pastikan sejarahnya dari pembiak bukannya cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut.
l) elakkan membeli dalam musim hujan.
m) cuba bandingkan harga dengan tempat2 lain, tetapi awas....jangan terpengaruh dengan harga yang terlalu murah. Terdapat perbezaan dari segi kualiti.

Harga Semasa

Di bawah ini ada survey senarai harga semasa budgie dan cockatiel khususnya di pantai timur. Senarai ini hasil survey dari pembiak, penjual dan pembeli mengikut kawasan, kualiti, mutation dan hubungan antara pembeli dan penjual. Bagaimanapun senarai harga dibawah ini bukannya ditetapkan oleh persatuan, peniaga atau pembiak. Ini hanyalah sekadar panduan mengenai nilai semasa burung lebih-lebih lagi harga makanan seperti sekoi dan kuaci semakin tinggi.

Berikut anggaran harga jualan budgie dan cockatiel sebagai panduan :-

HARGA BUDGIE

HARGA COCKATIEL

HARGA ANAK (HANDFEEDING) 
* Untuk anak berumur 14-25 hari sahaja.

Panduan pembeli untuk memilih budgie dan cockatiel

Budgie - Bentuk fizikal yang sihat dan galak, warna menarik, mutation tepat, bagi EB saiz tidak semistinya besar tetapi mempunyai lion head (jurai) yang menarik, ukur panjang sekurang-kurangnya 8 inci dari kepala ke hujung ekor. Buat semakkan tahun lahir pada legband. Seboleh2nya burung tidaklah terlalu tua lebih2 lagi untuk betina. Periksa dibahagian bawah punggung jika ada ketulan keras (egg binding) bagi betina. Seboleh-bolehnya beli dari penbiak tempatan.

Cockatiel - Bentuk fizikal yang sihat, kekemasan bulu, mata yang sihat dan ceria, ukur panjang standard sekurang-kurangnya 12 inci dari hujung jambul ke hujung ekor.

- Beli daripada pembiak tempatan dari baka yang dibiak sendiri.

26 June 2012

Handfeeding Anak Cockatiel


Jika anda merancang untuk mengambil anak cockatiel untuk handfeeding, terdapat beberapa persediaan anda perlu dan mesti dibuat. Pertama, anda perlu untuk memilih dan membeli makanan formula handfeeding yang sesuai dan berkualiti. Kedua, anda perlu menentukan alat handfeeding, akhir sekali, anda perlu memilih bekas yang sesuai supaya anak dapat dipanaskan kepada suhu yang betul. Bagaimanapun perkara yang paling penting, adakah anda mumpunyai cukup masa untuk handfeeding?


Makanan Yang Sesuai


Terdapat banyak makanan formula handfeeding yang sesuai di pasaran. Adalah dicadangkan menggunakan produk Kaytee exact For All Baby Birds yang mudah didapati dan senang menyediakannya. Terdapat juga jenama lain seperti Zeiler terpulanglah kepada anda asalkan ia mengandungi beberapa ramuan penting seperti lactobacillus dan ezim untuk pencernaan. Ada juga sesetenggahnya membuat ramuan sendiri seperti nestum untuk bayi dicampur dengan roti dan sebagainya. Bagaimanapun adalah paling sesuai menggunakan makanan formula yang siap dijual.






Bahan-bahan di dalam Kaytee Natural:

Jagung, Gandum, Ground Oat Groats, Middlings Gandum, Jagung Hidangan Gluten, kering Telur Seluruh, Bawah Benih Flaks, Pulp Beet yang telah kering, Hidangan Kacang Soya, Minyak Soya, Gula Jagung, Germa Gandum Makan, L-lisina, Kalsium Karbonat, Garam , Alga Meal (sumber DHA), Fructooligosaccharide, Dicalcium Phosphate, Yis kering Brewers, Suplemen Vitamin A, klorida Kolin, DL-Methionine, tokoferol Campuran (bahan pengawet), Ekstrak Yis, Ekstrak Schidigera Yucca Suplemen, Vitamin E, Vitamin B12 Tambahan , Tambahan Riboflavin, Proteinate Mangan, Proteinate tembaga, Sulfat Besi, Zink Oksida, Oksida Manganous, Kompleks Menadione Natrium Bisulfite (sumber aktiviti vitamin K), Niacin, Rosemary Ekstrak, Asid Sitrik, Pantothenate Kalsium, Kuprum Sulfat, Mononitrate tiamin, hidroklorida Pyridoxine , Cholecalciferol (sumber vitamin D3), Beta-Carotene, Canthaxanthin, Asid Folik, Kalsium iodat, Biotin, Karbonat Cobalt, Selenite Natrium, kering Bacillus subtilis Produk Penapaian, Bacillus kering licheniformis Penapaian Produk, Perisa Asli. 

Protein mentah (min.) ........................... 14.0%
Mentah Lemak (min.) ........................... 5.0%
Serat mentah (maksimum) .................... 5.0%
Kelembapan (maksimum) ..................... 12.0%
Omega-3 Fatty Acids (min) .................. 0.5%
Asid docosahexaenoic (DHA) (min) .... 0.05%
L-Carnitine (min) ................................. 25 mg / kg




Peralatan
Menggunakan picagari (syringe) adalah alat yang sesuai untuk handfeeding anak cockatiel tetapi perlu berhati-hati dan perlahan. menggunakan picagari yang mempunyai plungers - getah adalah lebih sesuai dan mudah untuk diguna. Terdapat alat khas yang dijual tetapi peralatan ini perlu di import khas. 
Selain tiub getah, peralatan yang sedia ada untuk handfeeding tetapi peralatan ini perlu diimport
(hubungi hafidz Dzira 017-9887049)
Antara peralatan handfeeding


Anak yang hendak hanfeeding hendaklah diletak di dalam bekas yang sesuai. Dicadangkan kotak keras atau bekas akuarium plastik paling sesuai disamping kemas dan bersih ianya boleh mengekalkan suhu. Didasarnya perlu diletakkan dengan tisu dapur atau habuk kayu pine (habuk kayu hamster).
Berhati2 semasa memasukkan tiub


Jadual Handfeeding

Umur anak yang paling sesuai untuk disuap adalah pada umur 14 hari. Anak berumur 1–5 hari agak sukar untuk disuap. Bagaimanapun ianya boleh dilakukan secara berhati-hati. Jika anak berumur selepas tiga minggu pula anak tersebut sukar untuk menerima handfeeding kerana anak akan menolak makanan dan menggunakan secara paksa untuk menyuapnya, bagaimanapun lama kelamaan  anak akan meminta untuk disuapkan dengan sendiri. Anak yang disuap lebih awal daripada 2 minggu, anak tersebut tidak boleh mendapatkan semua kekebalan semulajadi yang mereka perlukan daripada ibu bapa mereka.   Anak dalam tempoh tersebut memerlukan lactobacillus acidophilus (bakteria baik). Sebab itulah memilih makanan formula penting. 

Jika menggunakan picagari untuk memberi makan, mulakan dengan meletakkan anak di atas meja di hadapan anda dan memasukkan hujung getah perlahan-lahan ke dalam sebelah kiri mulut (paruh). Buat secara berhati-hati dengan perlahan, tekanan pada pelekap picagari perlahan-lahan. Pastikan makanan formula masuk ke dalam tembolok dan berikan ruang supaya anak boleh bernafas. Bagi anak yang berumur 8-14 hari, memadai sukatan 5ml, 18 hari keatas sukatannya 10ml. Bagaimanapun cuba suap sedikit demi sedikit dan masa yang sesuai asalkan anak boleh menerima makanan tersebut. Berikut adalah jadual handfeeding yang dicadangkan :

Umur 1-4 hari Setiap dua jam dos 1 - 2 cc
Umur 5-7 hari Setiap tiga jam dos 2-3 cc
Umur 8-14 hari pada jam 7 pagi, 11 pagi, 3 petang, 7 petang dan 11 malam dos 4 - 6 cc
Umur 15-24 hari pada jam 7 pagi, 12:00 tengah hari, 5 petang dan 11 malam dos 7-10 cc.
Umur 25-34 hari pada jam 7 pagi, 5 petang, 11 malam dos 11 - 15 cc
Umur 35-44 hari pada jam 7 pagi, 5 petang dos 11 - 15 cc
Umur 45 hari untuk bercerai susu hanya jam 5 petang dos 11 - 15 cc
(seboleh-boleh anak cockatiel yang berumur 45 hari diletakkan bersama-sama cockatiel lain yang masih muda bagi tujuan pembelajaran untuk makan sendiri)

Apabila anak sudah semakin besar, adalah perlu diberi makan sebelah petang sahaja dengan dos yang sedikit. Anak cockatiel hanya menerima sedikit makan dan pada masa yang sama proses mengecil tembolok berlaku bertujuan memudahkan anak tersebut terbang.  Anak cockatiel yang telah besar (dlm tempoh bercerai susu) ianya boleh kehilangan 10-15% daripada berat badan. Ini disebabkan anak leka untuk terbang dan bermain. Dalam tempoh ini perlu diberi permerhatian kerana walaupun anak tersebut sudah pandai makan sendiri, makanan formula perlu diberi juga sekali pada waktu petang sehingga anak tersebut betul-betul tidak lagi bergantung dengan makanan formula.
Makanan pejal seperti sambau (sku), kuaci dan roti hendaklah ditabur diatas lantai supaya anak burung belajar mengutip dan lama kelamaan ia pandai makan sendiri. 


Gambar di atas adalah disebabkan salah faham membiarkan anak yang disangka telah pandai makan sendiri sedangkan anak burung ini masih memerlukan kaytee. Anak ini hanya boleh bertahan selama 3 hari sahaja tanpa suapan dan akhirnya mati kebulur. Apabila ke tahap ini sudah terlambat untuk disuap kerana perutnya tidak lagi boleh menerima sebarang makanan.

21 June 2012

Isu Budgie & Cockatiel Dilesenkan

Semua jenis Budgie dan Cockatiel telah dimasukkan keadalam Akta 716 Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 bertarikh 20 APR 2012. 




Susulan akta ini dikeluarkan, beberapa usaha telah dilakukan oleh peminat dan pembiak seperti mengisi borang aduan yang disediakan oleh Jabatan Perhilitan, membuat bantahan kempen tanda tangan, bantahan aman di hadapan Wisma Persekutuan di Kuala Terengganu, dialog dengan Pengarah Perhilitan Negeri dan sesi dialog dengan Menteri dan KSU di Putrajaya. Keputusannya memberansangkan dan masih menunggu black & white daripada jabatan.


Saya sebagai mewakili PPBCT penaja pada masa ini telah melancarkan kempen tandatangani membantah akta ini dengan menghantar memorandum bantahan bertarikh 4 JUL 2012 kepada Tuan Pengarah Perhilitan negeri TERENGGANU dan Ketua Pengarah Perhilitan Malaysia. Telah mendapat 200 tandatangan daripada pembiak, peminat dan peniaga negeri Terengganu. Kempen tandatangan ini juga dibuat di negeri-negeri lain khususnya semasa perjumpaan Pet Parrot Club Malaysia (PPCM) di Sungai Pusu.

 Keratan Metro yang mengesahkan menerima memorandum bantahan kempen tandatangan

 Joe manir yang mengetuai bantahan aman pada 18 JUL 2012 jam 1100 di hadapan pintu masuk Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu.


Pendy dan Joe Manir
Pak Wahid Telemong





Jawapan Rasmi Jabatan Perhilitan kepada pembiak, peminat, peniaga di negeri Terengganu


BERITA BAIK UNTUK PEMINAT BUDGIE DAN COCKATIEL

Di dalam Harian Metro edisi Timur bertarikh 4 APR 2013, kenyataan oleh pembiak budgie Mohd Nasir bin Yang -  seorang penerima anugerah Master Breeder PPBCT melahirkan rasa lega dan gembira terhadap keputusan pihak Jabatan Perhilitan tidak mengenakan lesen terhadap spesis budgie dan cockatiel.

* ISU LESEN BUDGIE TELAH SELESAI, KINI TIDAK DIKENAKAN LESEN

NOTA PENTING : BAGAIMANAPUN SEHINGGA KINI TIADA HITAM PUTIH YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PERHILITAN BERHUBUNG DENGAN LESEN BUDGIE DAN COCKATIEL. AKTA INI MASIH ADA CUMA IANYA TIDAK DIKUATKUASA. 

25 March 2012

For Sale




Show Cage


Eggfood RM45.00 sepek (1 kilo)
Powder anti hama (bedak hama) untuk menghilangkan hama dalam nestbox serta lantai cage. hanya perlu tabur di dalam nestbox dan lantai cage. RM10.00 sebotol (terhad).
Charge pos RM6.00


Minat boleh hubungi terus 
012-9978884 azuan
(sorry SMS xreti nk balas)

* Burung yang diiklankan dalam blog ini adalah 100% pembiakan dari aviary sendiri dan tiada ragu2 terhadap ketulinannya.

09 February 2012

Testimoni membiak cockatiel dan budgie

Apa kata otai-otai :-

Membiak  cockatiel perlu banyak sabar. Ada beberapa fasa perlu diikuti dan akur dengan fasa tersebut :-
1. Perlu bersyukur bila cockatiel dah sepasang (pairing)
2. Melihat cockatiel jantan panjat betina pun dah kira ok.
3. Bertelur pun dh kira ok walaupun tak ada benih.
4. Kalau burung bertelur dan menetas belum tentu anak hidup
5. belum tentu anak yang hidup sempurna jantinanya dan sihat seperti parent.

- Ady seberang takir, kuala terengganu.


Tempoh waktu yang sesuai untuk pairkan english budgie dan cockatiel setelah betul-betul matang sekurang-kurangnya umur 6-8 bulan. Baru anak comel.

Seboleh-bolehnya budgie jangan dipairkan dengan adik-beradik, cross dengan baka lain untuk dapatkan darah yang berlainan.

- mohd zainuddin awang, bachok, kelantan.





Kalau sayap cockatiel dah jatuh bawah ekor itu tandanya dia nak bertelur. Tak berani nak ganggu nestbox masa tiel tengah mengeram.



- Ali RC, kg.gong pok jin, kuala terengganu.






Membiak english budgie (EB) bukannya senang, sebab tu harganya tetap maintain.



- Hafidz Dzira, putra jaya.






Cockatiel kalau kena cara mudah untuk dibiakkan, pengalaman membiak cockatiel selama 8 tahun membuahkan hasil sehingga kini.

- cikgu boy setiu.


Pantang cockatiel di ganggu jika dia tengah mengeram lebih-lebih lagi waktu malam. Elakkan gangguan pada waktu malam.

Kalau nak beli cockatiel, beli yang matang dan pastinya telah sepasang. mahal pun tak pa.

- Joe, dungun.





Tak kisah apa mutation cockatiel pun janji membiak, walaupun jenis bangla (normal gray) tetapi kalau ada yang jenis comei tapi tak membiak...nak buat apa? buat pameran.

- Nazo, wakaf tengah, kuala terengganu.





Tak kira berapa pun harga english budgie janji barang show tetap beli. Minat yang besar-besar.


- Hafis Apis - batu rakit, terengganu.







Target cockatiel mencapai sasaran 40 pasang.


- Mie pasar borong, gong badak, kuala terengganu.







Ingat pesan ayah, kalau nak main burung boleh asalkan makanan burung tu tidak mahal daripada makanan kita.

- Mahalim mamat kuala ibai









saya minat bela budgie dan cockatiel tetapi isteri saya lebih minat lagi. terima kasih diatas tunjuk ajar otai-otai.

- rosli yusuf wakaf tengah, kuala trg.







Asal main hobi suka-suka je tp sekarang dah dapat duit hasil jualan burung.

- zainuddin abdul rahman, kuala terengganu



Telah membela cockatiel semenjak 20 tahun yang lalu, dulu sepasang cockatiel hanya berharga RM80.00 sepasang berbeza dengan harga sekarang. Walaupun harga ada turun dan naik, samada ada permintaan atau tidak, saya terus membela cockatiel.

- Wahid Telemong.





Ambe jual burung ikut harga standard. biar orang kate mahal, tak nak beli pun tak apa biar ambe bela simpan buat stok. lening harga sekoi dan kuaci mahal tak kan harga burung semakin jatuh. baik kukus panggang grill je burung yang tak laku.

- mat noor, dungun.





Rela burung mati dalam gok (sangkar) daripada jual dengan harga murah daripada harga sebenar.

- cikgu ameran hassan, setiu





Niat nak tambah koleksi EB lagi tetapi terpaksa KIV dulu sebab kawasan rumah terhad.

- mohd redzuan mohd noor, kuala trg






baru belajar nak bela burung cockatiel pulak, sebelum ni biak arnab  -

- nur hafidzah che ismail, kuala trg










Membela burung ini tidak mengira jenis, mahal atau murah apa yang penting asalkan mencapai kepuasan diri bagi memenuhi hobi masa lapang. Bukan untuk perniagaan tetapi untuk mencari rakan dan kepuasan diri untuk membiaknya. Bagaimanapun ianya menguntungkan jika burung yang dibela membiak dan menjual anak bagi menampung kos makanan atau membeli burung lain yang berkenan dihati. 
Saya sendiri telah melabur lebih kurang RM20k dalam kos menyediakan sangkar serta membeli budgie dan cockatiel tidak termasuk burung merpati. Persoalannya adakah saya dapat semula modal yang saya laburkan? jawapanya tidak sama sekali. Apa yang saya perolehi adalah kepuasan diri. Berintraksi bersama rakan-rakan pemburungan di serata negeri malah dari luar negara.
Kesimpulannya membela burung bukan untuk perniagaan. Buat apa saja bagi memenuhi hobi kita asalkan ianya tidak melanggari undang-undang dan mendatangkan masalah kepada orang lain :)


- azuan sulaiman (bloggers)