SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

Terengganu Budgerigar National Show

Pertandingan Budgie Peringkat Kebangsaan anjuran PPBCT

AS Budgerigar

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Baby Cockatiel

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Golden Face Spangle Skyblue

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Cockatiel

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

06 February 2015

Hasil Berkualiti

Setelah beberapa kali menukar pasangan berpandukan mutation, bloodline dan struktur tubuh english budgie, akhirnya saya memperolehi hasil yang memberansangkan walaupun tidak membanggakan. Hasil yang diperolehi ini masih lagi belum mencapai kehendak hati dalam pembiakan english budgie namun saya tetap bersyukur dengan apa yang dianugerahkanNya. 
Untuk menghasilkan anak eb yang benar-benar membanggakan bukannya perkara yang mudah. Walaupun kita memperoleh baka induk yang baik sekalipun belum tentu ianya menghasilkan anak eb yang hebat. Bagi merealisasikan impian dalam menghasilkan baka yang berkualiti, saya telah membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan induk yang terbaik dari pembiak ternama khususnya dari Bangkok. Perkara ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan apa yang penting adalah mencuba dan terus mencuba. 











Judge Stick/Training Stick

Kegunaan

Judge stick atau traning stick adalah kayu yang digunakan oleh pengadil/hakim semasa dalam pertandingan. Ianya merupakan aksesori penting bukan sahaja sewaktu pertandingan bahkan kepada breeder untuk melatih burung budgie berada di dalam show cage. Sewaktu pengadilan burung budgie, stick ini digunakan untuk perbetulkan kedudukan burung. Ini bertujuan untuk memberi markah setelah burung beraksi seperti yang dikehandaki oleh pengadil. Disini pengadil akan mengetahui adakah burung tersebut telah dilatih untuk masuk pertandingan.
Bagaimanapun cara untuk menjolok burung yang berada di dalam show cage perlu ada tekniknya yang betul dan berhati-hati. Semasa latihan, burung budgie perlu berada di dalam show cage sekurang-kurangnya empat jam sehari. Stick ini digunakan untuk menjolok burung yang berada di lantai show cage supaya naik di atas kayu pearch. ia dilakukan setiap kali burung turun ke lantai. Setelah beberapa kali dilakukan akhirnya burung tersebut dengan sendiri akan naik ke kayu peach setelah melihat stick dihulurkan.

http://www.officialbarrieshuttbudgerigars.com/judgingtrainingstick.htm