UNTUK MEMILIH TAJUK TAJUK POPULAR, KILIK PAGE MENARIK SEBELAH KANAN BLOG ~ TQ

29 April 2013

Fallow Budgies

Saya kurang arif dengan perkembangan Fallow Budgie ini bagaimanapun saya akan terangkan serba sedikit berdasarkan pemahaman melalui website dan pengalaman daripada otai-otai.

Ciri-ciri :

Fallow adalah sejenis mutasi yang rare dan jarang diperolehi. Pembiak cuba menghasilkan anak 100% fallow tetapi tidak semua yang berjaya. Sifat fizikalnya kecil sedikit dari budgie normal (budgie C). Mempunyai mata merah tetapi berbeza dengan Lutino,Albino dan lacewing. Fallow mempunyai coretan warna cinnamon pada sayap, belakang kepala,opaline dan tona pada badannya kecerahan. Warna kaki kelabu/merah jambu dan care berwarna merah jambu sepertimana mutasi Lutino/Albino.

Rata-rata pembiak cuma berjaya menghasilkan anak dari keturunan fallow 50-50 normal/fallow. Itupun kebanyakannya menghasilkan anak jantan.  Bagaimanapun ada yang berjaya menghasilkan 100% anak fallow dari baka yang ada. Setakat ini saya berjaya menghasilkan anak 100% fallow dari tiga pasang induk. 

Fallow terbahagi kepada tiga jenis iaitu Inggeris Fallow, German Fallow dan Scotland Fallow. German fallow mumpunyai iris pada mata (cincin putih) tetapi tiada pada Inggeris dan Scotland fallow.  Fallow merupakan gen yang resesif autosomal bermakna jika dipadankan dengan genetik yang kuat ianya tidak akan menghasilkan 100% fallow.

Kaedah-kaedah pembiakan fallow seperti berikut :-

Fallow x Fallow = 100% Fallow
Fallow x Normal = 50% Normal 50% Fallow


 
 
 
 


Pautan website mengenai fallow budgies :-



11 March 2013

Majlis Hi-Tea PPBCT

MAJLIS HI-TEA "PERJUMPAAN MESRA AHLI"
DI SUTRA BEACH RESORT & SPA, SETIU
PADA 16 MAC 2013 JAM 3.00 PTG


Majlis perjumpaan mesra ahli ini pertama kali diadakan selepas PPBCT didaftarkan. Kehadiran seramai 40 orang ahli memeriahkan majlis. Presiden PPBCT telah menyampaikan ucapan antaranya meminta ahli mengekalkan perpaduan ukhuwah sesama ahli dan memberi sokongan serta komitmen terhadap persatuan. Dalam majlis ini juga telah diadakan cabutan nombor bertuah. Sebanyak 16 hadiah telah disediakan antaranya 10 buah hamper, sepasang English Budgie, sepasang Fallow Budgie, Sepasang Albino Budgie, Sepasang Lutino Budgie dan 2 cage. Hadiah burung budgie dan cage adalah sumbangan daripada ahli-ahli persatuan. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



PPBCT DALAM MAJALAH JINAK EDISI 7