SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

17 April 2011

Cara penjagaan budgie dan cockatiel

Cara penjagaan burung budgie cukup mudah tetapi perlu perapian. Perkara yang paling utama perlu dijaga adalah air minuman. Saya menggunakan air tapis Dr. Sukida. Air minuman perlu dibersihkan setiap hari, ini disebabkan najis dan sisa-sisa makanan yang masuk ke dalam bekas air. Di dalam air yang terlalu lama dibiarkan mengundang pembiakan jentik-jentik dan ulat yang datangnya dari bijirin itu sendiri. Disamping makanan yang mencukupi, aviary atau cage perlu sentiasa bersih.

Budgie dan cockatiel tidak terlepas daripada penyakit berjangkit seperti sakit mata, puru, berak cair dan sebagainya. Oleh itu supliment perlu diberi sentiasa seperti antibiotik dan ubat cacing secara berkala 6 bulan sekali, multivitamin dan vitamin. Perlu juga makanan tambahan lain seperti roti, sayuran, eggfood, gandum, oat dan makanan tambahan yang sesuai dijual di pasaran.

Burung budgie alah kepada tempat sejuk dan berangin. Sesetengah pembiak menggunakan tirai kain untuk menyelimut cage jika berada di luar rumah khususnya kepada pembiak di kawasan pantai timur. Bagaimanapun kadang-kadang budgie atau cockatiel telah terbiasa dengan keadaan ini jika dibandingkan di tempat asalnya di benua Australia yang mengalami musim sejuk kering perpanjangan kadangkala jarang menerima hujan. Walau apapun, membela benda bernyawa ini mesti mempunyai risikonya.  kalau kena gayanya, budgie atau cockatiel membiak dan terus membiak sehinggakan tak menang tangan dibuatnya. Membela hanya sekadar hobi bukannya ingin berniaga tetapi menjualnya jika ada lebih.

Apa yang pasti, tanyalah pandangan orang lama dan berpengalaman dalam hal ini. Saya sentiasa belajar dan terus bertanya untuk mendapatkan ilmu tentang penjagaan burung ini. Ilmu tidak datang bergolek oleh itu rajin-rajinlah menziarah ke rumah-rumah pembiak yang berjaya.



General Topics

The range of topics concerning a budgie's health is wide. Some aspects of well-being are important parts of it. Prevention of diseases by healthy nutrition, removing poisonous plants out of a budgie's reach or grazing from the keeper's plate without becoming sick are topics every bird owner should be informed about.

Only little known is naturopathy for birds. You can find a chapter about this interesting topic in this subcategory of Birds Online. Also the very helpful warmth therapy is described here. It can support a sick bird's recovery without stressing the animal.

8 comments:

  1. good info buat yg ingin memulakn hobi membela budgie...

    ReplyDelete
  2. Thanks Putera Budgie atas sokongan.tq

    ReplyDelete
  3. salam...ada contect number member2 yg bela teil tak..?sebab saya tgh cari pair teil nie..klu ada,boleh sms ke 012-6858391

    ReplyDelete
  4. Post ke sarawak dapat tak?saya tgh carik tiel.

    ReplyDelete
  5. Slam, betina yg dah bertelur perlu diasingkan dari jantan ke

    ReplyDelete