UNTUK MEMILIH TAJUK TAJUK POPULAR, KILIK PAGE MENARIK SEBELAH KANAN BLOG ~ TQ

11 April 2011

Sangkar

Pembinaan sangkar cockatiel dan budgie bergantung kepada kemampuan serta keperluan. Pemilihan tempat dan keluasan kawasan perlu diutamakan.  Apakah cara pembelaan yang diperlukan samada untuk pembiakan ataupun sekadar memenuhi hobi untuk memenuhi ruang di dalam kawasan rumah. Bagi tujuan pembiakan, sangkar berpetak indoor amat sesuai manakala untuk perhiasan lebih cantik membuat sangkar yang besar. Di bawah ini beberapa contoh sangkar sebagai pedoman jika anda ingin membuat sangkar.

Sangkar bertingkat  bersaiz 6 kaki x 6 kaki. Mempunyai 9 petak setiap satu. Setiap petak memuatkan 1 pair budgie dan cockatiel. Petak untuk budgie berukuran 24 inci x 22 inci dan tinggi 24 inci dan 24 inci x 22 inci tinggi 18 inci, manakala untuk cockatiel saiz paling minima 2 kaki x 3 kaki tinggi 2 kaki.
Tingkat atas untuk english budgie dan cockatiel sebab ruang lebih besar
Sangkar besi bersaiz 18 inci x 4 kaki tinggi 24 inci untuk cockatiel
 Sangkar atas tanah untuk budgies c bersaiz 6 kaki x 6 kaki tinggi 6 kaki
Budgie diletak banyak pasang didalam satu sangkar yang luas 
tetapi tidak sesuai untuk breeding program


cage besi saiz 5 x 5 kaki x 3 kaki tanggi



Jika anda menggunakan sangkar yang berukuran kecil yang berada di tempat terbuka, perlu lebih berhati-hati semasa membersih sangkar atau memberi makan kepada budgie. Ini kerana budgie akan meluru keluar memboloskan diri melalui pintu yang terbuka jika terdapat ruang walaupun sempit. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jaring pukat nylon perlu diletakkan di pintu sangkar seperti gambar di bawah ini. Bagaimanapun perkara sebegini tidak perlu dirisaukan jika cage anda berada dalam  aviary yang besar.

 Jaring pukat nylon diletakkan pada pintu sangkar.
Jaring pukat nylon biasanya dijual dikedai hardware untuk barangan laut. 
kalau di Terengganu dan Kelantan boleh ambil dekat port nelayan.




6 comments:

  1. salam, berape keluasan sangkar yg bagus untk budgie @ cocktiel, lo sangkar yg kecik2 tu xpe ke,.. cam seksa je, nak terbang pom xdapat

    ReplyDelete
  2. Salam..1Malaysia, Info yg dibri amat mnarik..sy skakannya

    ReplyDelete
  3. sangkar yang besar lagi baik. Nak elak burung lumpuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul dan sokong...kadang2 ruang terhad.

      Delete
  4. kalau buat sangkar tu dalam rumah boleh tak? sebab tak ada kawasan di luar

    ReplyDelete