SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

Terengganu Budgerigar National Show

Pertandingan Budgie Peringkat Kebangsaan anjuran PPBCT

AS Budgerigar

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Baby Cockatiel

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Golden Face Spangle Skyblue

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

Cockatiel

Berbagai mutation dan berkualiti hubungi 0129978884

31 March 2014

Cara Pembiakan Asas EB

Terdapat berbagai cara pembiakan English Budgie (EB) bergantung atas pembiak itu sendiri. Apa yang jelas, kita tidak boleh lari daripada asas pembiakan yang disyorkan oleh pembiak-pembiak ternama di dunia kerana spesis ini berasal dari negara luar. Bagaimanapun iklim dan cuaca di negara luar tidak sama dengan negara ini. Oleh itu ianya mesti disesuaikan dengan keadaan cuaca khatulistiwa yang menerima panas dan hujan setiap tahun.

Apa yang saya praktikan ni adalah atas nasihat daripada pembiak tempatan dan luar negara khususnya dari Thailand yang mempuyai iklim sama dengan negara kita. Saiz cage perlu sesuai untuk pembiakan EB. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil untuk sepasang induk. Saiz yang biasa digunakan berukuran 24 x 20 x 24 inci tinggi atau 30 x 24 x 24 inci tinggi dengan nestbox di luar cage. Cage ini boleh dibuat sendiri atau beli yang telah siap asalkan saiznya sama. Saiz nestbox yang di syorkan pula adalah 8 x 9 x 9 inci dengan bukaan lubang 2 inci. Nestbox yang bersaiz seperti ini dapat mengalirkan udara secukupnya dan memberi ruang untuk anak membesar.

Tempoh matang bagi EB adalah berumur 8 bulan dan bersedia untuk bertelur berumur 12 bulan. Tanda-tanda awal untuk bertelur apabila si jantan mula memasuki nestbox kemudian disusuli dengan si betina masuk membuang habuk kayu. Proses ini berlaku dalam tempoh seminggu. Tanda-tanda awal lain ialah sayap burung betina seakan jatuh ke bawah ekor dan punggungnya labuh. Si betina akan berada di dalam nestbox sehingga bertelur. Si betina serius mengeram bila selesai bertelur. Kebiasaanya jumlah telur diantara 4 - 5 biji. Si betina akan terus mengeram tidak meninggalkan nestbox. Burung jantan bertindak menyuap si betina yang sedang mengeram. Tempoh mengeram antara 17 hingga 22 hari. Selepas semua anak menetas, burung jantan bertindak menyuap anak dan ibu sehingga burung betina keluar nestbox. Dalam tempoh ini, diet untuk tumbesaran anak adalah penting. Diet tambahan seperti roti, eggfood, spray millet, canary seed amat diperukan setiap hari. Elakkan daripada memberi sayuran dalam tempoh ini.

Setelah anak berumur 22 - 23 hari. Keluarkan si ibu untuk direhatkan di dalam aviary kerana burung betina menjadi kurus selepas mengeram. Biarkan burung betina bebas (free fly) untuk digemukkan dan galak sebelum dipasangan semula dengan pasangannya.

Biarkan tugas  penjagaan anak diserahkan kepada si jantan sehigga anak mencapai umur 42 hari anak sudah pandai makan sendiri. Si bapa akan menjaga kesemua anaknya tanpa diganggu. Ini bermaksud tiada godaan dari betina.



Antara kebaikan mengasingkan ibu :-
1. Menjaga hayat burung betina.
2. Menjaga kuaiti anak
3. Anak membesar tanpa gangguan.
4. Dapat menghidar hama di dalam nestbox.
5. kesihatan burung betina dpuihkan untuk menghasilkan benih yang baik.
6. Burung betina direhatkan secukupnya.


Ini bermakna secara tidak langsung si betina telah direhatkan selama 20 hari selepas mengeram dan ditambah 40 hari lagi untuk dipasangkan semula. Sepanjang tahun EB dibenarkan bertelur hanya tiga kali. Ini bermakna 42 hari untuk tempoh mengawan, 51-54 hari untuk tempoh mengeram, 66 hari untuk menjaga anak, ini bermakna si ibu direhatkan 198 hari dalam setahun.

Bagaimanapun ini adalah satu cara yang saya amalkan terhadap pembiakan EB.

Cara ini berkesan untuk menjaga hayat si ibu dan menjamin anak membesar dengan sempurna.

Induk betina jika tidak direhat secukupnya atau dibiarkan menghasilkan anak berterusan menyebabkan jangka hayatnya tidak lama, egg binding (lekat telur), menghasilkan anak yang tidak berkualiti seperti anak cacat dan sebagainya.



Tip untuk menghasilkan anak EB yang berkualiti
1. Jangan pairkan dengan adik beradik/inbreeding.
2. Bloodline yang berkualiti/dari baka yang berkualiti
3. Pair dengan kontra series bagi menghasilkan anak yang baik contoh green series vs blue series. Saya lebih suka pairkan dgn betina daripada jadual sex-Linked contohnya cinnamon dan opaline.
4. Diet bermula daripada anak lagi.
5. Pairkan burung yang betul-betul matang sekurang-kurangnya berumur 12 bulan.