SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

11 April 2011

Menentukan Jantina Cockatiel

Kepada mereka yang masih baru dengan cockatiel dan sebagai panduan untuk mengenali jantina, sila lihat gambar di bawah ini :

Nota Penting :

Jantina cockatiel  berbeza mengikut mutation. Gambar di atas hanyalah untuk jenis normal gray sahaja. Beberapa cara sebagai asas untuk menganali jantina. Antaranya seperti berikut :-

1. Melihat bentuk fisikal contohnya dibahagian kepala berbentuk bulat jantan dan betina bujur dan kecil, betina biasanya berbadan panjang manakala jantan seakan-akan bulat. Ada yang kata muka jantan nampak bengis.
2. Melalui garis lintang pada ekornya. Biasanya yang bergaris itu adalah betina.
3. Warna merah di bahagian pipi, yang jantan lebih terang warnanya daripada betina.


4. Whiteface dan normal gray, biasanya jantan berpipi cerah dan bersih manakala betina berwarna kelabu dan comot.
5. Lutino dan Albino, yang betina mempunyai tanda garis belang atau bintik pada pangkal bawah sayap tetapi tiada bagi jantan.
6. Cinnamon pearl, paruh seakan hitam dan jambulnya gelap itu adalah betina manakala jantan berwarna cerah atau kuning.
7. Burung jantan akan berkokok dan bersiul sambul membuka sedikit kepak bila berumur 4 bulan tetapi betina hanya berbunyi dengan satu nada sahaja. Ada kes yang jantan tidak berkukuk langsung.
8. Jantan akan melaga-lagakan paruhnya di jaring atau nestbox.
9. Jantan akan memasuki nestbox terlebih dahulu bagi memikat betina.
10. Melalui sepit udang atau tulang di punggungnya. Jika sempit dan keras adalah jantan manakala sibetina luas dan tulangnya lembut. Semasa memeriksa tiel perlu di usap2 (belai) dahulu supaya hilang stress.
11. Betina akan memulakan pengeraman telur pada jam 6 petang hingga pagi. jantan akan mengeram pada siang hari sahaja. Kadang-kadang kedua-duanya sekali mengeram.
12. Melalui ekornya, jika ekornya berbentuk V lurus biasanya betina manakala jantan mempunyai 2 lawi di kiri dan kanan pada ekor yang lurus. (lihat gambar diatas).
13. Semasa kita menangkap cockatiel, biasanya yang jantan akan menjerit walaupun masih kecil. yang betina senyap.
14. Jika tiel berubah warna atau mutation apabila matang. besar kemungkinan tiel tersebut adalah jantan. Sebagai contoh semasa anak muda kelihatan seperti cinnamon pearl wf, setelah matang menjadi normal gray atau bertukar menjadi pied. Pasti teil tersebut adalah jantan. Perkara ini tidak berlaku pada betina.
15. Menggunakan kaedah gen atau mutation induk. keluar anak split atau sebaliknya.

* adakalanya tiel betul-betul mencapai tahap induk baru pasti jantinanya. Apa tidaknya, ada setengah tiel jantan tidak pernah berkukuk dan bersiul. Ada pula yang tidak memberi reaksi langsung terhadap pasangan. Kepada yang mempunyai tiel bermasalah, cuba luangkan sedikit masa dalam 1- 2 jam perhatikan gelagat burung tersebut. Insyallah akan ada jawapannya.

Selamat mencuba. Semoga ianya memberi panduan untuk mengenali jantina. Bagaimanapun ini hanyalah pengalaman dan hasil maklumat daripada otai2 je.

Pied betina
 
pied betina

Pied jantan (mutation yang susah untuk pastikan jantina)

whiteface jantan
 
cinnamon whiteface jantan

Dua-dua jantan (mutation sebelum matang)

Whiteface betina
Pair whiteface kiri betina kanan jantan
Pair pearl Lutino
Pearl pied betina
Lutino betina
 
Pied jantan
 
whiteface lutino (albino) jantan
 
Pied jantan

Asal Usul dan Pembiakan

Berasal dari benua Australia di kawasan savana yang kering, cockatiel (Nymphicus Hollandicus) mampu hidup sehingga 20 tahun. Tempoh matang bagi cockatiel untuk membiak adalah antara 6 - 8 bulan, tetapi terdapat juga cackatiel yang matang lebih daripada tempoh tersebut. Bentuk fizikal standard ialah panjang dari hujung jambul ke ekor 12 - 14 inci, berat 80 - 90 gram, Cockatiel yang telah berpasangan dan serasi mula menyuap dan bercium diantara satu sama lain. 
Berkejar-kejaran di dalam cage dan si jantan bersiul riang. Cockatiel akan keluar masuk nestbox selama berminggu-minggu bagi menyesuaikan diri dengan nestbox yang disediakan. Cukup masa, pasangan mula mengawan berkali-kali dan burung betina akan mula bertelur 10 - 12 hari kemudian.  Cockatiel betina mampu bertelur sebanyak 3-6 biji dalam satu masa adakalanya sehingga 8 biji. Bagaimanapun telur-telur tersebut perlu diagih-agihkan kepada nestbox lain dan dihadkan hanya 4 -5 biji telur untuk diram. Tempoh pengeraman telur berlaku antara 18 - 22 hari untuk menetas. 
Hari ke 5 - 6 selepas bertelur, telur diperiksa bagi mempastikan mempunyai benih atau tidak. Pemeriksaan menggunakan lampu suluh atau flash light. Telur yang mempunyai benih sihat mempunyai tompokan darah kecil dan salur saraf darah seperti sarang labah2. Telur yang tidak mempunyai benih perlu dibuang.

 Hari ke 10 jantung embrio mula berdenjut dan proses tumbesaran berlaku dengan memerlukan kehangatan dari badan cockatiel.
Hari ke 18 - 22, membran  mula menebuk-nebuk kulit telur sehingga mewujudkan lubang untuk bernafas. Proses menebuk kulit telur berlaku dalam tempoh 24 - 48 jam. Jika proses penebukan terbantut disebabkan kurang kehangatan atau membran tidak kuat. Kita boleh membantu dengan mengoyakkan sedikit kulit telur secara berhati-hati tetapi jangan teruskan jika masih terdapat lendir/darah. Tunggu sehingga kering dan mulakan semula dengan berhati-hati. Setelah 50% kulit telur tertanggal dari membran, biarkan proses tersebut berlaku dengan sendirinya sehingga anak keluar dari kulit telur.
 Cockatiel akan menjaga anak dan memberi makan selama 10 - 12 minggu. Suapan daripada ibu pada hari pertama hingga seterusnya amat penting kerana cockatiel dikatakan mempunyai sejenis cecair kelenjar semulajadi seperti "susu burung" yang mempunyai banyak khasiat dan kaya dengan protein seperti antibodi ketahanan penyakit sepertimana susu awal lembu tetapi ianya tidak mempunya lektosa seperti kebanyakan susu. Selepas itu bolehlah anak tersebut diambil untuk handfeed bagi tujuan penjinakkan.

Tahukah anda?


Cockatiel takut pada kegelapan malam. Jika tiada sedikit pengcahayaan, cockatiel akan mengelepar dan tidak senang duduk. Keadaan ini boleh mencederakan dirinya. Bagaimanapun cockatiel memerlukan waktu tidur yang cukup iaitu selama 12 jam. Cahaya yang terang pada waktu malam juga tidak sesuai untuknya.

12 comments:

  1. Salam.. deme x dok ke nak jual anak2 cockatiel ni?

    ReplyDelete
  2. d x anak2 cockateil yg masih kecil dan perlu handfeed? harga berap?

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Nk tanya..kalau
    Bulu cockateil gugur
    Di bahagian pipi orennya tu
    Perlu letak ubat apa ya...
    Sy puas cari klinik haiwan..tiada yg ambil utk burung..

    Tq..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.saya nak tnya tuan tanah. saya ada induk cockatiel skarang ada 3biji telur dalam nestbox. mula kluar sbijik. selang 2 hari lgi sbijik selang lgi dua hari tambah lgi sebijik. dan sekarang saya nak tnya mcm mana saya nak pastikan telur tu ada urat atau hanya telur kosong? boleh ws saya kalau tuam tanah ada terbaca 0184084474. sekian terima kasih

    ReplyDelete
  5. Saya br nk mula bljr jaga burung ini.tapi tak tahu jantan betina..

    ReplyDelete
  6. Tuan tanah...sy ad sekor tiel muda...biase nk belai agak susah...tp tetibe mlm ni die kmbang kn kepala tnduk je...bile sy belai makin mnjadi2 kembang die...terkejut gak mule2 ingat kn tetibe mati sbb tngah2 hulur2 jari last2 snyap kepala jd kmbang...tau x ap sbb..ke mmg die nk dibelai...

    ReplyDelete
  7. Salam.. cocktail saya jantan asyik duduk dlm sarang je.bagaimana saya nak tau dia ada telur.. xke nanti burung akan merajuk telur kalau kita tgk telur dia

    ReplyDelete
  8. Induk cockatial lutino betina jantan white face ,biasa dia keluar warna ape ya

    ReplyDelete