SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

29 April 2013

Fallow Budgies

Saya kurang arif dengan perkembangan Fallow Budgie ini bagaimanapun saya akan terangkan serba sedikit berdasarkan pemahaman melalui website dan pengalaman daripada otai-otai.

Ciri-ciri :

Fallow adalah sejenis mutasi yang rare dan jarang diperolehi. Pembiak cuba menghasilkan anak 100% fallow tetapi tidak semua yang berjaya. Sifat fizikalnya kecil sedikit dari budgie normal (budgie C). Mempunyai mata merah tetapi berbeza dengan Lutino,Albino dan lacewing. Fallow mempunyai coretan warna cinnamon pada sayap, belakang kepala,opaline dan tona pada badannya kecerahan. Warna kaki kelabu/merah jambu dan care berwarna merah jambu sepertimana mutasi Lutino/Albino.

Rata-rata pembiak cuma berjaya menghasilkan anak dari keturunan fallow 50-50 normal/fallow. Itupun kebanyakannya menghasilkan anak jantan.  Bagaimanapun ada yang berjaya menghasilkan 100% anak fallow dari baka yang ada. Setakat ini saya berjaya menghasilkan anak 100% fallow dari tiga pasang induk. 

Fallow terbahagi kepada tiga jenis iaitu Inggeris Fallow, German Fallow dan Scotland Fallow. German fallow mumpunyai iris pada mata (cincin putih) tetapi tiada pada Inggeris dan Scotland fallow.  Fallow merupakan gen yang resesif autosomal bermakna jika dipadankan dengan genetik yang kuat ianya tidak akan menghasilkan 100% fallow.

Kaedah-kaedah pembiakan fallow seperti berikut :-

Fallow x Fallow = 100% Fallow
Fallow x Normal = 50% Normal 50% Fallow


 
 
 
 


Pautan website mengenai fallow budgies :-



2 comments:

  1. Wahhh.....info berguna...
    Thanks bang....
    :D

    ReplyDelete
  2. Sgt2 berguna.. thanks for info

    ReplyDelete