SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

17 May 2014

Tips Menghilangkan Hama

Apabila kita tidak melakukan pembersihan terhadap cage atau nestbox selepas beberapa kali mendapat anak, kebiasaanya cage atau nestbox tersebut akan ada hama. Hama ini akan memberi kesan burung terhadap pembiakan dan tumbesaran anak burung. Untuk menghilangkan hama ini beberapa pertua telah diperturunkan. Antaranya ialah meletak daun serai wangi dilantai cage dan di dalam nestbox, Ada juga yang meletak beras yang dikisar halus, serai, semburan air sireh dan menyembur dengan baja haiwan. Tp apa yang saya buat dan berkesan adalah dengan menabur powder anti hama atau bedak hama.

Cara menggunakannya :
Bersih nestbox dengan cara menyemburnya dengan co-go atau salai diatas bara api . Sebelum letak habuk kayu di dalam nestbox, tabur bedak hama terlebih dahulu di dalam nestbox. Ins sha Allah tiada lagi hama di dalam nestbox. Bedak hama ini tidak merbahaya kepada burung atau anak burung. Ianya boleh bertahan sehingga nestbox diberisihkan setelah mendapat anak.
Untuk dilantai cage, hanya tabur bedak hama ini dipermukaan lantai dan celah-celah kayu.

Kepada yang berminat untuk mencuba bedak hama ini bolehlah berhubung dengan saya.

Kesan daripada hama :
Kaki dan care budgie/cockatiel berpuru. Hama juga akan menyebabkan burung tidak selesa.

1 comments: