SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

31 December 2014

Persiapan Musim Hujan

Bermula bulan Oktober hingga ke bulan Febuary setiap tahun bermulalah musim hujan dan berangin khususnya di kawasan pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Bagi yang mempunyai cage indoor tidak mempunyai masalah bagaimanapun jika cage outdoor yang terdedah kepada panas dan hujan mungkin akan menghadapi masalah. Spesis burung cockatiel dan budgie ini alah kepada angin sejuk dan lembab, berbeza dengan cuaca di habitat asal di benua Australia iaitu sejuk kering dan berangin. Dengan kata lain iaitu sejuk kering. Bagi orang lama, mereka sudah biasa dan bersedia untuk menghadapi musim hujan. kepada pemain baru, beberapa langkah dan persediaan perlu diambil ketika musim hujan, antaranya :-

1. Pastikan persekitaran cage dan aviary sentiasa bersih sebelum tiba musim hujan.
2. Spray cage dan aviary menggunakan dettol atau baja haiwan.
3. Tutup aviary dengan plastik atau kanvas.
4. Jaga diet iaitu letak sedikit makanan dan tambah makanan pagi dan petang bagi mengelakkan pembaziran. Ini kerana budgie dan cockatiel tidak menjamah makanan yang telah basah.
5. Tukar diet kepada roti.
6. Elakkan bagi sayuran seperti kangkung, sawi dan sebagainya bagi mengelakkan berak cair.
7. Bagi serai atau daun ruku/selasih/kemangi (bukan setiap hari).
8. Air minuman yang bersih dicampur dengan ubat herba s.k hijau.
9. Multivitamin dan ubat anti stress.
10. Pasang lampu di siang hari untuk menceriakan burung.
11. Jika kawasan yang dinaiki air, tinggikan cage atau alihkan burung di tempat selamat.

Persediaan awal adalah penting. Jika tiada persediaan boleh mengakibatkan burung mati dan mendatangkan kerugian kepada kita sendiri.

0 comments:

Post a Comment