SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

02 November 2011

Cara-cara memasang Leg band/ring pada anak burung

Leg Band atau ring/gelang kaki dipakaikan di kaki burung semasa anak lagi. Masa yang sesuai untuk memasang leg band pada burung budgie dan cockatiel iaitu semasa anak berumur antara 8 - 14 hari bergantung saiz leg band. Setakat ini leg band tidak dijual negara ini,  hanya boleh diperolehi dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Leg band mengikut syarat antarabangsa mestilah mempunyai tanda nama pemilik, nama kelab, tahun kelahiran, nombor siri dan warna mengikut tahun2 tertentu. Contohnya Persatuan Peminat Burung Budgie dan Cockatiel Terengganu menggunakan tanda PPBCT dan TBC pada legband. Leg band bertujuan untuk merekod anak burung dan sebagai identiti pemiliknya.

Saiz legband yang sesuai bagi budgie adalah berukuran diameter 4mm manakala bagi cockatiel adalah 5.5mm - 6mm. Legband ini tidaklah terlalu ketat dan tidak terlalu besar apabila dipasang pada kaki burung.

Legband dipakaikan pada kaki anak cockatiel seawal umur 8 - 14 hari


CARA MEMASANG YANG BETUL


Langkah 1:

(a) Pastikan kaki mana yang hendak dipasang ring.
(b) Pastikan kedudukan ring betul.
(c) Luruskan 3 jari kaki hadapan dan masukkan ring.
(d) Masukkan ring perlahan2. Kalau ketat, jika perlu letak sedikit minyak utk melicinkannya.
(e) Tolak ring perlahan2 sehingga ke tengah bukulali kaki..



Langkah 2:

(a) Tolak ring sehingga melepasi jari belakang sehingga ke pangkal peha (melepasi jari ke4 - jari belakang)



Langkah 3:

Setelah ring melepasi hujung jari kaki belakang, ring telah selesai dipasang. Pastikan semasa memasukkan ring tidak memaksa dengan cara keras kerana boleh menyebabkan jari2 kaki patah.


Selamat Mencuba.


Nota : Leg Band/Ring hanya dikhaskan untuk jenis burung tertentu mengikut saiz. Saiz yang tidak sesuai boleh mencederakan kaki burung.





Merekod Budgie dan Cockatiel Anda


Merekod burung peliharaan daripada telur hingga ke burung menjadi induk mestilah dibuat bagi menentukan perjalanan hidupnya. Perkara yang perlu direkodkan seperti tarikh lahir, berat badan, jantina, tarikh bertelur, kuantiti telur menetas dan kuantiti anak yang hidup. Itulah perlunya burung kita dipakaikan dengan leg band/ring. Disamping kita mempunyai leg band/ring yang mempunyai nama kita sendiri, ianya mempunyai nombor dan warna. No dan warnalah yang menentukan umur, baka dan jenis burung.


buku rekod
Carta tarikh bertelur dan menetas

2 comments:

  1. macam mana nak dapatkan leg band ni...? boleh tlg x..?

    ReplyDelete
  2. kena oder dr indonesia or thailand.

    ReplyDelete