SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

22 November 2014

Diet Minyak Ikan Bersama Eggfood

Ramai breeder inginkan burung budgie dan coakatiel miliknya sentiasa sihat. Burung yang sihat memperlihatkan pergerakan yang cergas dan lincah dan mempunyai bulu yang cantik serta berkilat. Beberapa petua dan makanan tambahan dimanipulasikan oleh breeder untuk burung peliharaannya. 

Bagi tujuan ini, saya telah mengamalkan minyak ikan untuk makanan tambahan kepada english budgie dan cockatiel saya semenjak dari dulu lagi.  Testimoni selama empat tahun menghasilkan burung yang sihat dan jarang mendapat penyakit. Berbagai minyak ikan terdapat di pasaran dan farmasi. Ada yang mahal dan yang murah berserta dengan kualitinya. Seperti yang diketahui, minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, iaitu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak.


Saya lebih suka menggunakan minyak ikan untuk kanak-kanak iaitu Scott's Emulsion. Ini kerana harganya lebih murah daripada jenama lain dan mempunyai khasiat yang tinggi khususnya untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Minyak ikan ini membantu menghindarkan dari penyakit dan selsema. Saya menggunakan minyak ikan tanpa perisa atau yang original. Bukannya memberi terus sebaliknya saya menggunakan roti yang dipotong dan sedikit eggfood. Pada permulaanya burung kurang makan tetapi setelah diulangi selama tiga hari barulah habis dimakan. Biasanya saya beri kepada english budgie semasa mereka menyuap anak, untuk anak yang makan sendiri tiga hari sekali dan untuk burung matang seminggu sekali. Cara-cara penyediaanya adalah seperti berikut :-

Langkah 1 : Bancuh satu sudu besar minyak ikan bersama air. 
Langkah 2 : Sekeping roti dipotong lapan.
Langkah 3 : Rendam roti di dalam bancuhan Scott's.
Langkah 4 : Tabur sedikit eggfood.
Langkah 5 : Hidangkan pada burung.

Rendam roti di dalam bancuhan Scott's.
Tabur sedikit egg food
Hidangkan


Alhamdullilah burung saya khususnya english budgie sihat dan gemuk tapi tidaklah obersiti. Jangan amalkan setiap hari kecuali burung yang sedang menyuap anak. Selamat mencuba. Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi saya.

3 comments:

  1. salam bang...mcm mane nk elakkn eb dr obesiti n eggfd 2 ape sbnarnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.......eggfood inipun jika diberi berlebihan akan menggalakkan obesiti. sebab tu eggfood digunakan sebagai makanan tambahan. ianya diberi apabila si ibu sedang menyuap anak. kerana tanpa diet tambahan, tumbesaran anak boleh terbantut.

      Delete
    2. eggfood dibuat dari abstrak telor, kitapun boleh buat sendiri ramuannya.

      Delete