SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

22 November 2014

Legband AS



Legband perlu bagi mengenal pasti pemilik dan tahun keluarannya. Ia juga bertujuan merekod burung kita bagi mengetahui susur galur baka bagi mengelak inbreeding. Semua keluaran budgie dan cockatiel milik saya mempunyai tanda nama iaitu AS.84 atau AS no siri dan tanda club TBC (Terengganu Budgerigar & Cockatiel Club).

Bermula dengan no siri AS.84 001 sehingga AS.84 100 bagi tahun 2012/13 (warna hijau,silver, gold, merah, biru dan hitam), No siri AS 101 hingga AS 150 bagi tahun 2014 (warna hijau) manakala AS 151 hingga 250 bagi tahun 2015 (warna purple). Bagi tahun 2016 pula warna legband mengikut standard antarabangsa adalah berwarna oren bermula AS251 hingga AS350 TBC16. AS adalah singkatan kepada "azuan sulaiman". 



Data base e-budgie AS Budgerigar

Butir-butir burung akan direkod melalui no siri legband seperti tarikh tetas, pedigree, butir-butir parent cock dan hen. Saya merekod butir-butir anak EB yang baru tetas ke dalam data base. Data base ini memudahkan kita menyemak latarbelakang EB dengan pantas melalui no siri pada legband.

0 comments:

Post a Comment