SELAMAT DATANG KE SEMBANG BUDGIE DAN COCKATIEL - AS BUDGERIGAR - BIGMAN FARM~KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 0129978884

20 November 2014

Merawat Anak Budgie

Masalah kecacatan anak budgie seperti splay leg sering berlaku jika akibat kecuaian kita atau terlepas pandang. Masalah kaki terkangkang atau splay leg adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor pertama ketiadaan habuk kayu di dalam permukaan lantai nestbox semasa telur mula menetas. Faktor kedua adalah jarak tetas anak jauh sebagai contoh anak terdahulu tetas seminggu lebih awal. Maka anak terakhir yang masih merah tidak dapat berpaut sesama mereka. Anak yang baru tetas akan berpaut antara satu sama lain sehingga umur lebih kurang seminggu. 
Faktor ketiga adalah berpunca daripada genetik atau baka. kadang-kadang ianya berlaku kepada anak parent yang sama. Anak splay leg ini boleh dilihat semasa anak berumur satu hari lagi. Kecacatan kakinya asal dari telur dan kadang-kadang bentuk fizikal kakinya berlainan daripada anak yang normal. 
Faktor yang keempat adalah berpunca daripada ibu atau bapa yang suka mengeram anak, Anak yang masih kecil dipijak oleh si ibu atau bapa menyebabkan pangkal peha anak patah.

Cara Merawat

Cara merawatnya adalah menggunakan span seperti dalam gambar dibawah ini. Tebuk 2 lubang pada span dan masukkan kedua kaki anak tadi sehingga anak berumur 35 - 40 hari. Bagaimanapun kaedah ini bukannya semua menjadi atau 100% dapat memulihkan kecacatan, sekurang-kurangnya anak burung tersebut dapat berdiri untuk meneruskan hidup.



2 comments: